1.
MEMILIH KAWAN
YANG SESUAI
Di saat ini
sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita
menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita
dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada
kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik
juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan
membantu bila perlu.
2.
MENGUTAMAKAN
NOTA PENDEK
Telah kita
belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan
membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi
mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah membantu
dalam mengulangkaji ini.
3.
MASA UNTUK
MELUAHKAN APA DIPELAJARI
Ada kalanya
kita memahami apa kita pelajari tetapi sukar untuk menyampaikannya kembali
dalam bentuk jawapan. Maka dsyorkan bahawa di saat akhir ini adalah penting
untuk kita berlatih bercerita dan menulis kembali apa yang kita fahami dan
pelari. Cara lain adalah dengan menjawap soalan-soalan tahun-tahun lepas dan
soalan contoh agar kita terbiasa dengan mengeluarkan segala ingatan dan fahaman
kita. Ingatlah peperiksaan adalah medan untuk meluahkan segala apa kita
pelajari.
4.
MENJAGA
HUBUNGAN DENGAN MANUSIA DAN ALAM
Menjauhkan diri
dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam. Jadilah manusia
yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita lakukan, maka
kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang lain
terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting untuk
dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita memperoleh
keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah pada orang lain
dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia yang sering
memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.
5.
REHAT YANG
MENCUKUPI
Ada para
pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa menghiraukan
kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir dan mengingati
segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan badan di hari-hari
menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang cukup. Jika bersedia,
hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam peperiksaan untuk menelaah
kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud berhibur. Rehat yang cukup
juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan memberi tenaga. Ini
sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh melemahkan keupayaan
minda.
6.
MENGELAK
KECELAKAAN DAN MENJAGA KESIHATAN
Elak mengambil
masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat mengurangkan risiko
mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi kebaikan pada kamu. Makanlah
dengan makanan yang seimbang dan sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah
amat penting bagi memberi vitamin yang cukup ke otak. Kismis dan madu adalah
amalan kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan
terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
7.
MEMOHON GURU
HALALKAN ILMU
Melangkahlah ke
dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para guru. Jangan lupa kita
juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita. Mohonlah mereka halalkan
ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini, kita peroleh doa dari
mereka dan keyakinan kita bertambah.
8.
DOA & QIAMULAIL
Jangan tunggu
sekolah untuk menganjurkan malam qiamulail dan majlis bacaan yaasin untuk mula
berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu bijak untuk mengatur
jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan berdoa hajat pada
Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar hambanya yang berdoa
padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang kita lakukan. InsyaAllah
dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.
9.
SEDEKAH
Keluarkanlah
sekadar termampu sedekah. Jadikanlah ini amalan dan rancanglah kewangan kamu.
Meskipun kamu masih bergantung pada wang pemberian ayah dan ibu, tidak
bermaksud kamu tidak boleh bersedekah. Mungkin hanya sebiji gula-gula atau
seteguk air, itu sudah mencukupi sekadar sedekah yang termampu terutamanya pada
hari peperiksaan. Ini kerana Allah memberi kebaikan kepada mereka yang
bersedekah. Semoga salah satu kebaikan itu adalah kemudahan dalam menjawap
soalan dan memperoleh kejayaan.
10.
RESTU AYAH DAN IBU
Terakhir dan
terpenting adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan melangkah ke dewan
peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah tangan mereka setiap
hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan, telefonlah kepada ayah
dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada ayah dan ibu “doakan saya, restukan saya.”
No comments:
Post a Comment